• Welcome to SUSTAINABILITY@UM
  • umsdc@um.edu.my
  • +603 7967 4635
logo
logo

Salam warga kampus,
 
Untuk memberi sokongan yang lebih kukuh terhadap inisiatif dan komitmen Universiti Malaya dalam meminimumkan penggunaan dan isu lambakan sisa plastik sekali guna, Pusat Pembangunan Kelestarian Universiti Malaya (UMSDC) kini menyediakan perkhidmatan penjualan produk kelestarian bagi memenuhi keperluan warga kampus.

Diharapkan inisiatif ini dapat menggalakkan penggunaan produk yang lebih mesra alam dan mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.

Inisiatif ini turut memberikan peluang kepada warga kampus untuk menyokong kelestarian alam sekitar secara aktif melalui pembelian produk yang meminimumkan impak dan risiko bebanan persekitaran. UMSDC berharap melalui inisiatif ini, komuniti kampus dapat bersama-sama mengurangkan jejak karbon dan menyumbang kepada penhttps://forms.gle/xv82NUPiTxg8p34YAgurangan penggunaan plastik sekali guna di peringkat individu, pusat tanggungjawab dan komuniti kampus secara keseluruhannya.

Sebagai individu yang prihatin terhadap kelestarian, anda semua dijemput untuk menyokong inisiatif ini dengan membuat pilihan yang lebih lestari dalam kehidupan harian dan menggalakkan kesedaran kelestarian dalam komuniti kampus.

Klik di sini untuk tempahan.

Tiada lagi botol plastik di bilik mesyuarat, majlis rasmi, jamuan, persidangan.
Katakan
“TAK NAK” kepada botol plastik sekali guna.


#umsustainability #SayNoToSingleUsePlastics