• Welcome to SUSTAINABILITY@UM
  • umsdc@um.edu.my
  • +603 7967 4635
logo
logo

Assalamualaikum wrh. wbt. & Greetings to UM Community,

UI GreenMetric World University Rankings 2023
Heartiest congratulations to Universiti Malaya!

60TH WORLD’S MOST SUSTAINABLE UNIVERSITY IN UI GREENMETRIC WORLD UNIVERSITY RANKINGS 2023

Universiti Malaya (UM) has been recognized as the 60th most sustainable university in the world out of 1,183 higher education institutions in the prestigious global sustainability ranking, the Universitas Indonesia GreenMetric World University Rankings (UIGM) 2023. Throughout UM's participation in UIGM since 2011, we have consistently shown improvement in the overall scores compared to the previous years.

The theme of the 2023 assessment was 'Innovation, Impacts, and Future Direction of Sustainable Universities,' with the introduction of several new indicators, including the 3R waste management program, student organization activities, and international collaboration. UM achieved notable success by being recognized as the best university in Malaysia for water management (100% for 5 consecutive years) and waste management (100% for 2 consecutive years). However, there is always room for improvement, especially in i) Energy and Climate Change, and ii) Transportation. Further information for UIGM can be accessed HERE.

Highest appreciation for the collective commitment and contribution to the members of the UM - UIGM 2023 Secretariat under the coordination of the UM Sustainable Development Center (UMSDC), represented by various departments and units, especially the Estates Department (JHB), Corporate Rating Centre (CRC), Department of Research Management (JPP), Division of Research Grant Management (BPGP), Universiti Malaya Community Engagement Centre (UMCares), Student Affairs Department, Internship Training and Academic Enrichment Centre (CITrA), Bursar's Office, Security Centre, Marketing and Academic Services Department (MASD), International Students & Mobility Centre (ISC), Occupational Safety and Health & Environment Centre (OSHE), and research/academic entities (faculties, academies, and centers).

The campus sustainability rating platform serves as a valuable tool to assess strengths and weaknesses of our interventions, and it is a platform to celebrate our success and achievements driven by the Universiti Malaya community: staff and students, especially in facing the challenges of climate change and planetary health.

Together, we can take significant strides forward in realizing UM's vision as a global university making an impact on a more sustainable world.

Congratulations and thank you to the UM community!

------------------------------------------------------------------------

UM KEDUDUKAN KE-60 UNIVERSITI PALING LESTARI DI DUNIA

Universiti Malaya (UM) diiktiraf sebagai universiti ke-60 paling lestari di dunia daripada 1,183 institusi pendidikan tinggi dalam penarafan kelestarian terkemuka dunia Universitas Indonesia GreenMetric World University Rankings (UIGM) 2023. Sepanjang penyertaan UM dalam UIGM sejak 2011, UM berjaya menunjukkan peningkatan skor keseluruhan yang konsisten berbanding tahun sebelumnya.

Tema penarafan pada tahun 2023 ‘Inovasi, Impak, dan Hala Tuju Masa Depan Universiti Lestari’ dengan memperkenalkan beberapa indikator baharu antaranya program sisa 3R, aktiviti persatuan pelajar dan kerjasama antarabangsa.

UM merekodkan pencapaian membanggakan dengan pengiktirafan universiti terbaik di Malaysia bagi pengurusan air (100% bagi 5 tahun berturut-turut) dan pengurusan sisa (100% bagi 2 tahun berturut-turut). Walau bagaimanapun, terdapat banyak ruang penambahbaikan terutamanya dalam indikator: i) Tenaga dan Perubahan Iklim, dan ii) Pengangkutan. Maklumat lanjut bagi UIGM boleh diakses 
DI SINI.

Setinggi-tinggi penghargaan buat ahli Sekretariat UM – UIGM 2023 di bawah penyelarasan Pusat Pembangunan Lestari UM (SDC) yang diwakili pelbagai PTj terutamanya Jabatan Harta Benda (JHB), Pusat Penarafan Korporat (CRC), Jabatan Pengurusan Penyelidikan (JPP), Bahagian Pengurusan Geran Penyelidikan (BPGP), Pusat Jalinan Masyarakat UM (UMCares), Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Pusat Latihan Intern & Pengayaan Akademik (CITrA), Jabatan Bendahari, Pusat Keselamatan, Jabatan Pemasaran dan Perkhidmatan Akademik (MASD), Pusat Pelajar Antarabangsa dan Mobiliti (ISC), Pusat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (OSHE), serta PTj akademik dan penyelidikan (fakulti, akademi dan pusat) atas usahasama komited dan sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Penarafan kelestarian kampus merupakan satu wadah bermanfaat untuk menilai kekuatan dan kelemahan intervensi yang diusahakan, serta ianya merupakan platform untuk meraikan kejayaan dan keberhasilan yang digerakkan oleh warga Universiti Malaya: staf dan pelajar terutamanya dalam menghadapi cabaran perubahan iklim dan kesihatan sejagat (planetary health).

Bersama, kita mampu mengorak langkah maju ke hadapan dalam merealisasikan visi UM sebagai universiti global memberi impak kepada dunia yang lebih lestari.

Tahniah dan terima kasih buat warga UM!