• Welcome to SUSTAINABILITY@UM
  • umsdc@um.edu.my
  • +603 7967 4635
logo
logo

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera warga kampus, 

Mulai 1 Februari 2024, tarif air bagi kegunaan domestik di Semenanjung dan Labuan akan meningkat. 
Oleh itu, Water Warriors (dibawah UMSDC) bekerjasama dengan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd akan membantu anda menjimatkan penggunaan air di kediaman anda. 

Bagaimana?

Kami akan membekalkan anda dengan bidal air (water thimble) secara PERCUMA. 
Alat bersaiz kecil ini dipasang secara manual di paip dan pancuran mandian untuk menjimatkan aliran air. Pemasangan ini akan menghasilkan aliran air yang stabil tidak kira sederas mana aliran air dibuka. 

Untuk mendapatkan bidal air ini, sila lengkapkan borang permohonan ini. 
Untuk makluman, bilangan adalah TERHAD.


Video tutorial pemasangan bidal air

Ingin tahu lebih lanjut mengenai konservasi air, sila muat turun Buku Panduan Air Selangor (
Bahasa | English)

#umsustainability