• Welcome to SUSTAINABILITY@UM
  • umsdc@um.edu.my
  • +603 7967 4635
logo
logo

[JEMPUTAN PENAMAAN AJK HANYA TERBUKA KEPADA WARGA UM SAHAJA]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Profesor/Profesor Madya/Dr./Tuan/Puan dan Seluruh Warga Kampus UM

 

Pusat Pembangunan Kelestarian Universiti Malaya (UMSDC) sukacitanya memaklumkan Festival Kelestarian Universiti Malaya (UM Sustainability Festival 2023) akan diadakan sekitar bulan Jun 2023 (akan dimuktamadkan kemudian).  

Festival ini bertujuan untuk menggalakkan kepelbagaian dalam mempromosikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) serta gaya hidup hijau dan lestari dikalangan komuniti UM dan pemegang taruh. Untuk makluman semua, UM Research Gallery anjuran pihak IPPP dan BPP bertemakan kelestarian juga akan berlangsung pada masa yang sama.

Sehubungan itu, kami mengalu-alukan penglibatan Pusat Tanggungjawab (Fakulti, Akademi, Institut, Pusat, Jabatan termasuk jemputan kepada persatuan/kelab pelajar) untuk sama-sama terlibat dalam menganjurkan  program di peringkat PTj termasuk persatuan/kelab masing-masing berkaitan perubahan iklim, penghijauan dan kelestarian sempena Festival Kelestarian UM ini. 

Kami berharap festival ini boleh menjadi platform yang lebih berimpak untuk pihak PTj seluruh kampus untuk berkongsi ilmu dan maklumat berkenaan aktiviti masing-masing berkaitan dengan topik perubahan iklim, penghijauan dan kelestarian. Program akademik yang relevan juga boleh dipromosikan.

Jika berminat, mohon jasa baik YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Profesor/Profesor Madya/Dr./Tuan/Puan untuk memberikan nama & maklumat wakil daripada PTj masing-masing melalui borang ini: https://forms.office.com/r/41S6cMqmVu selewat-lewatnya pada 15 Mac 2023, 5.30 petang.

Kami akan memulakan perancangan pada pertengahan/akhir bulan Mac dan wakil PTj tersebut akan dilantik sebagai AJK Festival bagi tujuan perbincangan kolektif dan penyelarasan. 

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di umsdc@um.edu.my atau 03-7967 4635.

Sekian, terima kasih.

"Inspire, Be Inspired" 
Profesor Madya Dr. Zeeda Fatimah Mohamad
Pengarah, UMSDC