Kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa Pertandingan Superhero Iklim 2025 akan dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains, dengan kerjasama Pusat Pembangunan Lestari Universiti Malaya (UMSDC). Program ini bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada inisiatif pendidikan perubahan iklim berasaskan permainan, yang direka khusus untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar serta memupuk tingkah laku proaktif dalam kalangan kakitangan dan pelajar Universiti Malaya.
Kami menjemput semua kakitangan dan pelajar UM untuk menyertai pertandingan ini secara berkumpulan. Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut: https://shorturl.at/JSS5s. Untuk maklumat lanjut mengenai Superhero Iklim, sila layari: linktr.ee/superheroiklim. Pasukan yang menunjukkan penyertaan terbaik berpeluang memenangi hadiah menarik dalam dua kategori: Staf dan Pelajar.
Maklumat Program Superhero Iklim:
Tarikh: 21 April 2025 – 18 Mei 2025 (4 minggu)
Platform: Aplikasi Joulebug
Untuk makluman, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada Geran UM Living Labs Towards Just Net Zero 2024/2025 (LL2024JNZ003) dengan tajuk projek "Superhero Iklim 2.0: Gamified Climate Change Mitigation Campaign" yang diketuai oleh Dr. Nor Aishah Abdullah dari Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains, UM.
Penyertaan dan sokongan anda dalam menjayakan program ini amat kami hargai. Mari kita bersama-sama memberi impak positif kepada planet kita!
-----------------------------------------------------------
Assalamualaikum WBT & Greetings,
We are thrilled to announce that the Superhero Iklim 2025 Competition will be organized by the Department of Science and Technology Studies, Faculty of Science, in collaboration with the Universiti Malaya Sustainable Development Centre (UMSDC). This program introduces participants to a gamified climate change education initiative aimed at raising environmental awareness and fostering proactive behavior among staff and students of Universiti Malaya.
We warmly invite all UM staff and students to join this competition in teams. Registration can be made via the following link: https://shorturl.at/JSS5s. For more information about Superhero Iklim, visit: linktr.ee/superheroiklim. Teams demonstrating outstanding participation stand a chance to win exciting prizes in two categories: Staff and Students.
Superhero Iklim Program Details:
Date: 21 April 2025 – 18 May 2025 (4 weeks)
Platform: Joulebug App
For your information, this initiative is part of the UM Living Labs Towards Just Net Zero 2024/2025 Grant (LL2024JNZ003) under the project titled "Superhero Iklim 2.0: Gamified Climate Change Mitigation Campaign," led by Dr. Nor Aishah Abdullah from the Department of Science and Technology Studies, Faculty of Science, Universiti Malaya.
Your participation and support in making this program a success are greatly appreciated. Let’s work together to make a positive impact on our planet!
"Inspire, Be Inspired"