• Welcome to SUSTAINABILITY@UM
  • umsdc@um.edu.my
logo
logo

Garis Panduan Pelaksanaan Sifar Plastik Sekali Guna (Zero Single-Use Plastics) di Universiti Malaya

Garis Panduan Pelaksanaan Sifar Plastik Sekali Guna (Zero Single-Use Plastics) di Universiti Malaya disediakan sebagai dokumen rujukan kepada semua portfolio, Pusat Tanggungjawab (PTj) serta penjaja sementara atau bergerak di bawah seliaan PTj bagi melaksanakan inisiatif Sifar Plastik Sekali Guna secara menyeluruh dan bersepadu di Universiti Malaya (UM).   RUJUK LEBIH LANJUT DI SINI

OBJEKTIF 

Objektif pelaksanaan Garis Panduan Pelaksanaan Sifar Plastik Sekali Guna di UM adalah seperti berikut:

  1. Menghentikan penggunaan semua jenis perkakas makanan dan minuman plastik sekali guna bagi tujuan penyajian, penghidangan, pembungkusan atau penyerahan makanan dan minuman dalam semua majlis rasmi dan program UM, termasuk yang dianjurkan oleh atau dengan kerjasama pihak luar, sama ada di dalam atau di luar kampus, dengan mengutamakan penggunaan perkakas boleh diguna semula dan mempertimbangkan alternatif berasaskan bahan mesra alam.
  1. Memperkukuh pematuhan serta membudayakan amalan kemampanan dalam pelaksanaan inisiatif Sifar Plastik Sekali Guna melalui pendekatan yang bersepadu dan konsisten dalam kalangan warga UM, penganjur program, vendor, agensi luar dan penjaja sementara/bergerak. 
  1. Mengurangkan penjanaan sisa plastik dan risiko pencemaran alam sekitar, sekali gus menyokong aspirasi UM ke arah kampus neutral karbon menjelang 2030 dan kampus sifar bersih (net zero) menjelang 2050. 


Highlights