• SUSTAINABILITY@UM
  • umsdc@um.edu.my
  • +603 7967 4635
logo
logo

[Jemputan] Program Wanita bersama AKRAB UM sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023

Mar 20, 2023
08.30 AM - 04.30 PM
Dewan Perdana 1, Blok D, Kompleks Perdanasiswa, UM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 
Warga kampus yang dihormati,

SELAMAT HARI WANITA ANTARABANGSA 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa AKRAB UM dengan kerjasama Bahagian Kaunseling dan Pemerkasaan OKU (CDE) buat julung kalinya akan menganjurkan program khas sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023. 

PROGRAM WANITA BERSAMA AKRAB UM
Tarikh: 20 Mac 2023 (Isnin)

Masa: 8.30 Pagi - 4.30 Petang

Tempat:  Dewan Perdana 1, Blok D, Kompleks Perdanasiswa, 
Universiti Malaya

Sehubungan itu, kami ahli AKRAB UM sangat berbesar hati ingin menjemput saudari - saudari yang anggun, jelita dan bersemangat tinggi menyertai program khas dan eksklusif untuk wanita ini.

Berikan diri anda ruang "Me Time" penuh dengan ilmu dan aktiviti menyeronokkan. 

Pendaftaran boleh dibuat pada pautan di bawah atau Imbas Kod QR di poster: https://forms.gle/YaXSpLxY7GfwvChW8
(NOTA: Bukti Kehadiran perlu dihantar kepada Pentadbir Cuti Jabatan masing-masing oleh peserta untuk rekod Cuti Berkursus)


YURAN PENYERTAAN HANYA RM30.00

 
Kaedah pembayaran:
https://epay.um.edu.my
-> Log Masuk (DIWAJIBKAN) -> UTAMA -> YURAN PENYERTAAN -> Yuran Bengkel/Kursus/Latihan/Aktiviti -> Jabatan Pendaftar -> Bahagian Kaunseling dan Pemerkasaan OKU (CDE) - Yuran Seminar/Conference


Kami menanti penyertaan anda.
TEMPAT TERHAD!

Emel asal dihantar oleh: Puan Sharivini Lekha Youva Raj, Penyelaras AKRAB UM
b/p Puan Faraliza Alias, Pengarah Program
=========================================================

AKRAB UNIVERSITI MALAYA (AKRAB UM)
Bahagian Kaunseling dan Pemerkasaan OKU/ Division for Counselling and Disability Empowerment
Jabatan Sumber Manusia/ Department of Human Resource


#universitimalaya #akrabum #hariwanitaantarabangsa #servingthenation #impactingtheworld #internationalwomensday