Pusat Pembangunan Lestari Universiti Malaya (UMSDC), bersama Jabatan Harta Benda dan UM Green Community (sebuah kumpulan sukarelawan pelajar di bawah Sekretariat Sukarelawan Universiti Malaya), akan bekerjasama dengan NGO, Free Tree Society Kuala Lumpur untuk melaksanakan aktiviti penanaman pokok renek di sekitar Galeri UM Zero Waste Campaign, (ZWC), yang terletak bersebelahan bangunan Rumah Kelab PAUM.
Program ini dilaksanakan di bawah inisiatif Rantaian Urban Green Spaces (RUGS) dengan kerjasama Free Tree Society, dan merupakan sebahagian daripada projek Pulai Trail & Bangsar Ecological Connector yang bertujuan menghubungkan ruang hijau di sesebuah kawasan, termasuk Universiti Malaya.
Kami ingin menjemput seramai 15 orang sukarelawan daripada kalangan staf Universiti Malaya untuk bersama-sama menjayakan aktiviti penanaman ini. Sebanyak 500 pokok renek akan ditanam pada setiap hari, iaitu pada 3 dan 4 Januari 2026, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,000 pokok.
Marilah kita bersama-sama membantu usaha rewilding Universiti Malaya 
Barang-barang persediaan: Botol air minuman, topi, pakaian yang sesuai untuk aktiviti luar, krim pelindung matahari, kasut bertutup atau but (kalis air).