Syarat-Syarat Pertandingan Memancing UM121
1. Penganjuran
Pertandingan Memancing UM121 sempena Sambutan UM121 dianjurkan oleh Portfolio Penolong Naib Canselor (Strategi Korporat), Universiti Malaya.
2. Tarikh dan Tempat
Pertandingan akan berlangsung pada:
Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)
Masa: 7:45 pagi hingga 12:00 tengah hari
Tempat: Tasik Varsiti, Universiti Malaya
3. Kelayakan Penyertaan
Pertandingan ini terbuka kepada:
Staf Universiti Malaya (UM) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM); dan
Pelajar Universiti Malaya (UM).
Setiap peserta hendaklah membuat pendaftaran melalui borang dalam talian yang disediakan oleh pihak penganjur sebelum tarikh akhir pendaftaran atau sebelum kuota penyertaan dipenuhi, mana-mana yang terdahulu.
Penyertaan adalah percuma dan tertakluk kepada terma dan syarat pertandingan.
Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak memenuhi syarat pertandingan.
4. Kategori Pertandingan
Kategori pertandingan adalah seperti berikut:
Kategori Ikan Paling Hampir 1.21 kg (Nearest Weight Challenge)
Kategori Ikan Terberat (Heaviest Catch)
Kategori Kanak-Kanak (*rujuk no.13)
Kategori pertandingan adalah tertakluk kepada keputusan akhir pihak penganjur.
5. Peralatan Memancing
Peserta hendaklah menggunakan joran yang telah didaftarkan dan ditandakan oleh pihak urusetia.
Setiap peserta hanya dibenarkan menggunakan satu (1) batang joran dengan satu (1) mata kail pada satu-satu masa.
Peserta hendaklah memastikan peralatan memancing sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak mengganggu peserta lain.
6. Peraturan Penggunaan Umpan dan Mata Kail
Penggunaan peralatan dan bahan umpan berikut adalah dilarang sama sekali:
Mata tiga (treble hook), mata dua, mata spider, mata bom dan mata rawai;
Umpan tiruan; dan
Organ dalaman haiwan atau bahan umpan lain yang tidak dibenarkan oleh pihak penganjur.
7. Peraturan Semasa Pertandingan
Peserta tidak dibenarkan memancang, memasang atau merentang tali pancing sebelum pertandingan bermula.
Peserta wajib memakai gelang peserta yang diberikan oleh pihak penganjur sepanjang pertandingan berlangsung.
Peserta tidak dibenarkan menabur makanan atau menambah umpan ke dalam kawasan pertandingan.
Peserta hanya dibenarkan memancing di kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Sebarang tindakan yang mengganggu atau menjejaskan peserta lain boleh menyebabkan pembatalan penyertaan.
8. Proses Timbangan dan Pengesahan Ikan
Ikan yang berjaya ditangkap hendaklah mendapatkan pengesahan daripada marshal/urusetia terlebih dahulu sebelum dibawa ke Stesen Timbangan/Hakim untuk proses penimbangan.
Ikan mestilah masih terpasang pada mata kail dan kekal bersambung dengan batang joran semasa proses penimbangan dijalankan. Ikan yang telah ditanggalkan daripada mata kail atau batang joran sebelum penimbangan tidak akan diterima.
Setiap peserta hendaklah mempamerkan nombor peserta yang telah diberikan dan ditandakan oleh pihak urusetia pada batang joran bagi tujuan pengesahan semasa proses penimbangan.
Keputusan berat ikan yang direkodkan oleh pihak hakim adalah muktamad.
9. Pengurusan Ikan dan Pemuliharaan Spesies
Jenis ikan yang layak dipertandingkan bagi setiap kategori akan ditentukan oleh pihak urusetia.
Spesies ikan berikut hendaklah dilepaskan semula selepas proses pengesahan dan rekod dibuat oleh pihak urusetia:
Kelah
Tengas
Jengkua
Peserta tidak dibenarkan membawa keluar atau menyimpan spesies ikan yang ditetapkan untuk pelepasan semula.
Peserta hendaklah mengendalikan ikan dengan cermat bagi mengurangkan tekanan dan kecederaan sebelum dilepaskan kembali ke dalam tasik.
10. Keselamatan dan Tanggungjawab
Peserta bertanggungjawab terhadap keselamatan diri, peralatan dan barang peribadi masing-masing sepanjang tempoh pertandingan.
Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kemalangan, kehilangan atau kerosakan harta benda yang berlaku sebelum, semasa atau selepas pertandingan.
11. Keputusan Pertandingan
Sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak hakim dan penganjur adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.
12. Kemampanan, Pemuliharaan dan Tanggungjawab Memancing
Peserta hendaklah mengamalkan amalan memancing secara bertanggungjawab dengan mengambil kira pemuliharaan sumber akuatik, biodiversiti dan keseimbangan ekosistem Tasik Varsiti.
Peserta hendaklah mematuhi konsep tangkap, rekod dan lepas (Catch, Record & Release) bagi kategori yang ditetapkan bagi membantu mengekalkan populasi ikan dan biodiversiti tasik.
Peserta tidak dibenarkan menggunakan peralatan atau kaedah penangkapan yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada hidupan akuatik, habitat atau ekosistem tasik, termasuk penangkapan berlebihan atau kaedah yang tidak dibenarkan oleh pihak penganjur.
Peserta tidak dibenarkan menangkap, membawa keluar atau mengambil ikan melebihi had atau ketetapan yang ditentukan oleh pihak penganjur.
Peserta hendaklah menjaga kebersihan kawasan pertandingan dan memastikan semua sampah, sisa umpan, pembungkus makanan serta bahan buangan lain dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
Peserta tidak dibenarkan membuang sebarang bahan, sisa atau bahan kimia ke dalam Tasik Varsiti yang boleh menjejaskan kualiti air, hidupan akuatik atau ekosistem tasik.
Sebarang tindakan yang boleh menjejaskan biodiversiti, habitat akuatik atau keseimbangan ekologi Tasik Varsiti adalah dilarang.
13. Syarat Kategori Kanak-Kanak
Terbuka kepada anak staf dan pelajar UM serta PPUM.
Terhad kepada peserta berumur 4 hingga 12 tahun.
Peserta berumur 4 hingga 6 tahun wajib berada di bawah pengawasan penjaga sepanjang aktiviti berlangsung.
Penyertaan adalah secara walk-in dan tiada pendaftaran awal diperlukan sebelum hari pertandingan.
Peserta hendaklah mendaftarkan nama di Kaunter Pendaftaran untuk mendapatkan slot aktiviti.
Setiap sesi aktiviti adalah terhad kepada 20 minit. Peserta hendaklah hadir sekurang-kurangnya 10 minit sebelum slot yang dipilih.
Peserta yang terlepas slot masa yang diberikan hendaklah mendaftar semula dengan pihak urusetia untuk mendapatkan slot baharu, tertakluk kepada kekosongan.
Joran dan umpan akan disediakan oleh pihak penganjur.
Aktiviti memancing hanya dibenarkan di lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.