• SUSTAINABILITY@UM
  • umsdc@um.edu.my
logo
logo

Bengkel Interaktif Asas Net Zero

Sep 09, 2026
08.30 AM - 04.30 PM
Fakulti Sains
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bengkel Interaktif Asas Net Zero akan diadakan seperti ketetapan berikut:

 Tarikh: Rabu 9 September 2026
🕣 Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang
📍 Tempat: Kompleks Dewan Kuliah, Fakulti Sains, Universiti Malaya
 Sasaran peserta: Staf bukan akademik Universiti Malaya
 Penyertaan: Terhad kepada 30 orang peserta sahaja
 Mata CPD: Akan diberikan

Sehubungan itu, pihak kami dengan sukacitanya menjemput staf bukan akademik Universiti Malaya untuk menyertai bengkel ini. 

Maklumat program adalah seperti berikut:

image.png


Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan asas tentang Net Zero serta mengajak peserta meneroka cabaran kelestarian kampus dan peranan staf dalam menyokong usaha universiti ke arah Net Zero.

Program ini disasarkan untuk:

  1. Memberi kefahaman asas tentang konsep Net Zero dalam konteks Universiti Malaya.
  2. Meneroka isu kelestarian kampus seperti tenaga, mobiliti, sisa, penggunaan sumber dan budaya kelestarian.
  3. Membincangkan tindakan kecil yang praktikal dalam konteks kerja harian staf.
  4. Menggalakkan peranan staf dalam menyokong usaha universiti ke arah Net Zero.

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut selewat-lewatnya pada 21 Ogos 2026, atau sehingga kuota penyertaan dipenuhihttps://forms.gle/d7RMCaJRxKSGvmQ97 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Dr. Munirah (noormunirah@um.edu.my)/ En. Shahrol (011-3346 6211). 

Untuk makluman, bengkel ini merupakan aktiviti di bawah geran UM Living Labs Towards Just Net Zero – Developing Ethical Competence for Net Zero Leadership: A Participatory Campus-Based Approach (LL2025JNZ031).

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Dr. Noor Munirah Isa
Ketua Projek 
Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi
Fakulti Sains, Universiti Malaya. 

Highlights