• Welcome to SUSTAINABILITY@UM
  • umsdc@um.edu.my
  • +603 7967 4635
logo
logo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Kerjaya (PKGK) Universiti Malaya dengan kerjasama Pusat Pembangunan Lestari Universiti Malaya (UMSDC) dengan sukacitanya menjemput pendaftaran pelajar Universiti Malaya seramai 40 orang sahaja yang berminat dan boleh memberikan komitmen penuh menghadiri:

Program: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) Green Skills Fair 2024
Tarikh: 25 April 2024 (Khamis) 
Masa: 10 pagi - 5 petang
Tempat: Event Space, Aras 3, Avenue K Mall, Kuala Lumpur
Perasmi: YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia

*Pengangkutan akan disediakan oleh pihak PKGK, HEP UM

Slot Pelajar UM: Terhad 40 orang sahaja (Berbaki 16 slot sahaja)
PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA: DI SINI atau imbasan kod QR (selewat-lewatnya 23 April 2024 - Selasa dilanjutkan sehingga jam 5 petang, first come first serve basis). Hanya 40 pelajar terawal mendaftar sahaja akan dimaklumkan pengesahan melalui emel oleh pihak PKGK/UMSDC pada 24 April 2024 (Rabu) bersama maklumat penyelarasan logistik. 

Sekiranya pelajar tidak terpilih, pelajar dialu-alukan untuk melawat KESUMA Green Skills Fair 2024 pada 26 dan 27 April 2024 (Jumaat dan Sabtu: 10 pagi - 5 petang) tanpa melalui pendaftaran daripada pihak UM (PKGK dan UMSDC) dan pengangkutan adalah atas urusan sendiri. 

Maklumat berkaitan KESUMA Green Skills Fair 2024
Kumpulan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), agensi dibawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan menganjurkan KESUMA Green Skills Fair 2024 bersempena dengan penganjuran ASEAN Green Job Forum. 

Penganjuran program ini adalah untuk menyokong inisiatif KESUMA dalam merangsang pertumbuhan pekerjaan hijau negara sejajar dengan pembangunan ekonomi yang inklusif dan mampan di rantau ini. Pameran ini akan memaparkan pelbagai pandangan mengenai permintaan bakat hijau, sektor-sektor yang sedang berkembang dalam ekonomi hijau, serta kemahiran yang diperlukan oleh industri, akademia, dan agensi kerajaan. Selain pameran, terdapat juga sesi ceramah ringkas dan aktiviti lain yang bertujuan untuk melibatkan pelbagai golongan, termasuklah pelajar, graduan baharu, dan masyarakat umum.

Segala kerjasama dan sokongan pelajar UM menghadiri dan menjayakan program ini mewakili Universiti Malaya amat kami hargai.

Sekian, salam hormat. 
b/p UMSDC dengan kerjasama PKGK

Highlights