• Welcome to SUSTAINABILITY@UM
  • umsdc@um.edu.my
  • +603 7967 4635
logo
logo

Tahniah! Fakulti Sains UM diberi pengiktirafan PTj Paling Lestari Hijau
bagi Anugerah Cemerlang Universiti Malaya (ACUM) 2022

Anugerah PTj Paling Lestari Hijau adalah satu pengiktirafan yang diberikan kepada Pusat Tanggungjawab  (PTj) yang merujuk kepada Fakulti/Pusat/Akademi/Institut Universiti Malaya yang komited dan proaktif dalam pelaksanaan inisiatif kelestarian kampus di peringkat PTj berkenaan. Anugerah ini merupakan kategori baharu bagi Anugerah Cemerlang Universiti Malaya (ACUM) 2022.

Inisiatif pengiktirafan ini diperkenalkan sebagai salah satu platform bagi menggalakkan penyertaan proaktif daripada semua PTj di Universiti Malaya untuk sama-sama menyumbang secara holistik kepada penambahbaikan kualiti berterusan kelestarian kampus serta sumbangan secara langsung kepada penarafan prestasi kelestarian kampus tahunan yang disertai Universiti Malaya terutamanya Universitas Indonesia GreenMetric World University Rankings (UIGM), Times Higher Education Impact Rankings on Sustainable Development Goals (THE IR) dan Environment, Social and Governance (ESG) bagi QS World University Rankings (QS WUR).

Sepanjang sesi 2021/2022, Fakulti Sains melalui jabatan-jabatannya terutama Jabatan Fizik dan Institut Sains Biologi (ISB) menunjukkan sifat proaktif dalam penganjuran inisiatif masing-masing. Untuk perkongsian bersama, Jabatan Fizik misalnya melalui Jawatankuasa Keceriaan dan Kehijauan menerajui inisiatif di peringkat jabatan dalam aspek pembangunan kapasiti, kitar semula, pengurusan landskap jabatan dengan jalinan kerjasama pihak Pusat Pembangunan Kelestarian UM (UM), Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan Harta Benda (JPPHB) serta penglibatan pihak NGO seumpama EcoKnights. Institut Sains Biologi pula mengetengahkan kepakaran ahli jabatan mereka dalam penganjuran dan penyertaan pelbagai program kelestarian yang bersifat holistik dan turut dibuka untuk penyertaan warga UM dan masyarakat umum, serta proaktif dalam menerima jemputan daripada kumpulan pelajar bagi penganjuran webinar atau syarahan.

Pengiktirafan yang diberikan kepada Fakulti Sains UM ini juga disokong oleh sumbangan berikut:

  • Data konsisten bagi eksesais penarafan kelestarian tahunan UM dalam UI GreenMetric World University Rankings (UIGM) dan Times Higher Education Impact Rankings (THE IR).. Fakulti ini turut menunjukkan sokongan berterusan dengan kehadiran serta maklumbalas positif dalam penganjuran taklimat dan bengkel pemerkasaan data secara dalam talian anjuran bersama UMSDC dan Pusat Data Korporat UM. 
  • Best 3 SDG Initiatives bagi 2021: Fakulti Sains UM menunjukkan sokongan proaktif dalam memberikan sumbangan data lebih daripada yang diperlukan. Kesemua data ini menyumbang kepada penghasilan Laporan Tahunan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Universiti Malaya (UM SDG Report 2021) yang digunakan sebagai bukti bagi penarafan kelestarian UIGM dan THE IR.
     

Semoga kejayaan Fakulti Sains memberi inspirasi kepada PTj bagi menggerakkan aktiviti dan inisiatif kelestarian di peringkat PTj serta aktif berkongsi maklumat bersama pihak UMSDC berkenaan aktiviti dan inisiatif tersebut.

—--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Heartiest Congratulations to the Faculty of Science UM!
Winner of the Greenest PTj in UM Excellence Award 2022 (ACUM2022)

Professor Dr. Zulqarnain Mohamed (Dean, Faculty of Science UM) received the UM Green Award from Toh Puan Dato' Seri Hajjah Dr. Aishah Ong (Pro-Chancellor Universiti Malaya)
at the UM Excellence Award 2022 (ACUM) - 21 February 2023 (Dewan Tunku Canselor UM)

 

As part of the campus sustainability enculturation initiatives, Universiti Malaya Excellence Award (ACUM) 2022 introduces a special award for the Greenest PTj to celebrate achievements and efforts at the faculty/academies/centers/institutes. This award is spearheaded by the Office of Deputy Vice-Chancellor (Research and Innovation) with a proposal of the then UM EcoCampus Secretariat in 2021. In 2022, UM Sustainability and Development Centre (UMSDC) received a mandate to oversee, recommend and evaluate the nomination of this Award. 

The Faculty of Science UM bags the Greenest PTj Award in ACUM2022. Here’s the secret behind this inaugural achievement:

  • Proactive in championing sustainability initiatives at the Faculty level with the support of its various departments. For instance, the Department of Physics collaborates with UMSDC, JPPHB and NGO such as EcoKnights on campus sustainability induction slots (theoretical and hands-on activity) for their staff (academic, executive and support staff). The department proposed four areas of collaboration 1) SDG4 on capacity building via training/workshop, 2) SDG12 on recycling, 3) SDG11 Garden/Pocket Park, and 4) SDG7 Long term project-based collaboration on energy efficiency and renewable energy. Institute of Biological Sciences (ISB) on the other hand promotes their members expertise in hosting and participating in various sustainability programs for the UM community and the public, while supporting student groups invitation as speakers of webinar or talk.  
  • Consistent contribution, participation and feedback in providing annual sustainability data for the UI GreenMetric World University Rankings (UIGM) and Times Higher Education Impact Rankings (THE IR) under the coordination of UMSDC and Corporate Data Centre (CDC). 
  • Providing extensive input on Best 3 Sustainable Development Goals (SDGs) Initiatives at PTj level which contribute to the preparation of UM SDG Report 2021 - evidence for both campus sustainability ranking assessment: UIGM and THE IR. 
     

Once again, congratulations to the Faculty of Science UM! We hope this achievement will inspire other PTjs to embrace, adopt, and champion various sustainability initiatives: social, economic, and environment, and proactively sharing your initiatives and programs with us, at UMSDC.

‘Inspire, Be Inspired’
UM Sustainability and Development Centre (UMSDC)